Dua kalimah syahadah diucapkan ketika dalam solat. di dalam solat juga ada zakat. pengertian zakat di sini ialah
mengorbankan sebahagian harta milik yang diperoleh dalam bentuk pengorbanan waktu dan wang. waktu yang dipergunakan dalam solat iaitu waktu yang dipergunakan untuk mencari rezeki. wang juga diperlukan untuk membeli keperluan untuk solat berupa sejadah dan pakaian solat yang baik dan sempurna untuk menutup aurat.
Solat juga meliputi puasa. puasa dari makan, minum, syahwat, gerak tubuh berlebihan dan percakapan. sebab itu erti puasa di sini lebih luas.
Dalam solat juga terdapat ibadah haji. menghadap ka'bah, seolah-olah seseorang yang sedang menunaikan ibadah haji, tetapi dengan hati yang khusyuk dan jiwa yang tekun walaupun tidak disertai dengan badan.
Jika kita mengerjakan solat dengan khusyuk dan penuh ketenangan, Allah SWT akan menyegerakan pahala dan ganjaran kita. tetapi jika kita tidak bolah khusyuk, kita tidak bolah meningalkannya sebab:-
PERTAMA, solat adalah wajib, amalan yang fardu.
KEDUA, jika kita mengerjakannya terus-menerus tanpa meninggalkan, kita akan dapat pahala.
Kita juga harus memahami bahawa Allah SWT tidak menuntut pertanggungjawaban terhadap persoalan-persoalan yang kita tidak mampu melaksanakan.
Adakah orang-orang yang malas mengerjakan solat itu mengira bahawa jika dia solat, akan memakan waktu yang semestinya dapat di pergunakan untuk urusan dunia?? jika itu alasan kita, perlu kita tanyakan kepada diri kita, "dari mana kita membuat penilaian dalam menentukan harga waktu?"
Apabila kita merasakan bahawa solat sebagai suatu pengorbanan waktu yang berharga, kita harus ingat bahawa waktu kita untuk memperoleh rezeki juga harus di korbankan dengan mengeluarkan zakat tersebut sebagai pengganti dalam penggunaan waktu untuk berkerja dan berusaha.
No comments:
Post a Comment