Secara umumnya, orang barat gemar membaca. rupa-rupanya dalam membaca buku islamik dan kitab al-quran, mereka menemukan kebenaran dan nilai-nilai murni ajaran islam. ramai antara mereka yang terus mencari dan tidak puas dengan agama katolik atau protestan. mereka menjadi sedar dan
mendapat keputusan batin, lalu memeluk islam.
ada beberapa orang yang menceritakan kepada prof. Dr muhammad mutawalli asy-sya'rawi alasan kenapa mereka memilih islam. di antaranya mereka berkata, "saya mempelajari islam dan saya yakin bahawa risalahnya benar. kebanaran tentang nabi muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT boleh di buktikan. jika ia satu penbohongan, tentunya ada tujuan-tujuan tertentu yang hanya untuk kepentingan peribadi. tujuan untuk mencari pegaruh, kekuasaan, harta dan lain-lain."
Nabi muhammad SAW pernah ditawarkan menjadi raja, berkuasa tampah bersusah-payah bahkan ditawari harta untuk menghentikan kegiatannya, tetapi baginda menolak. bagi manusia yang tidak berprinsip. tawaran seperti itu mampu mengubah pendirian. bahkan pada saat-saat terakhir baginda, harta yang melimpah ruah yang sampai ketangannya disedekahkan untuk kepentingan umat. sabdanya "peninggalan saya tidak bolah diwariskan, semuanya adalah untuk sedekah (untuk umat)" begitu tinggi akhlaknya, membuat saya benar-benar percaya.
pengakuan lain dari seorang wanita kepada prof. Dr muhammad mutawalli asy-sya'rawi, kata wanita tersebabut, "nabi muhammad SAW dijaga dan dilindungi oleh beberapah orang sahabat. mereka takut kalau nabi muhammad SAW diganggu keselamatan jiwanya." kemudian nabi muhammad SAW berkata kepada para sahabatnya, " akhirilah penjagaan kalian kerana Allah SWT sudah manjamin akan menjaga keselamatan ku."
Firman Allah SWT: "Allah SWT memelihara kamu dari ganguan manusia."
(surah al-maidah: 67)
Jika nabi muhammad SAW penipu, tentunya dia tidak akan menipu dirinya sendiri . dia tidak akan membiarkan keselamatan dirinya terancam. jika baginda tidak yakin bahawa Allah SWT menjamin keselamatannya, pasti para sahabat tidak menhentikan panjagaan mereka terhadap dirinya.
Cerita ketiga, juga tentang cendekiawan barat. dia telah berkata secera terbuka, "tuduhan kepada nabi muhammad SAW bahawa al-Quran itu hasil kerangannya adalah tidak benar. saya cabar kepada sesiapa sahaja, jika ada seorang bijak pandai di muka bumi ini yang dapat mangarang tiga susunan kata (usluub)
Pertama: susunan kata dalam bahasa al-Quran.
Kedua: susunan kata-kata hadis Qudsi.
Ketiga: susunan kata-kata hadis nabi.
Tidak ada satu manusia genius pun yang dapat mencipta dan menyusun kata (usluub) sehingah tiga peringkat dengan salaing berbeza gaya serta kekuatan yang sangat tinggi dan bermutu itu....
No comments:
Post a Comment