Kisah seorang abid yang ingin membayar nikmat-nikmat Allah SWT..
Dikisahkan bahawa abid itu telah beribadah selama 80 tahun lamanya, dan dia tidak pernah berhenti dalam ibadahnya. Dia duduk bertapa di atas gunung gunung dan menumpukan seluruh hidupnya dengan solat, puasa, qiamullail, membaca al-quran , berzikir dan sebagainya. Demikianlah kehidupanya sampai suatu hari, lelaki itu meninggal dunia dan
kembali kepada Allah SWT.
Apabila dia berdiri di hadapan Allah, Allah menyatakan kepadanya,
"Masuklah kedalam syurga-ku dengan nikmat-ku"
lelaki itu enggan. Lelaki itu berkata ,"ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga-mu dengan amalku."
Allah berfirman lagi, "masuklah ke dalam syurga-ku dengan nikmat-ku." Lelaki itu meninta lagi , "ya
Allah, hitunglah amalku. aku hendak masuk ke syurga dengan amal ku."
Maka Allah menghitung amal lelaki itu. Ternyata apabila dihitung seluruh amal ibadahnya selama 80 tahun itu, dia hanya mampu membayar sebelah matanya sahaja. Tidak termasuk bulu kening, rambut, mata yang sebelah lagi, tangan, kaki, lidah dan sebagainya. Belum dikira lagi nikmat-nikmat yang lain seperti oxsigen, nikmat duduk di bumi, nikmat keluarga dan berbagai lagi nikmat lain.
Membaca kisah ini, saya jadi terfikir, alangkah banyaknya hingah tidak terhitung nikmat Allah itu, dan tidak mampu pula kit amembayarnya. saya jadi sedar bahawa Allah itu telah memberikan hamba-hambanya rezeki yang terlalu banyak dan bernilai. lebih-lebih lagi rezeki iman dan islam.
Saya pernah terbaca mambaca firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika kamu ingin menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanya kapeda kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah maha pengampun , lagi maha mengasihani." (An-nahl:18)
Ya, cuba kita ambil sehelai kertas, kemudian kita tulis seluruh nikmat Allah SWTkapada kita. cuba, tulisah nikmat mata, hidung, hati, pelbagai jenis sel. kaki, tangan, pelbagai organ, nikmat rambut, kulit, nikmat hidup, nikmat udara, planet bumi, graviti, tumbuhan-tumbuhan pelbagai jenis, haiwan, makan minum, teknologi, harta, keluarga, kebahagiaan, kesedihan dan pelbagai lagi nikmat,pelbagai jenis daripada pelbagai cabang..
tulislah. tulis satu persatu.Anda mampu?????? mampu menulisnya???? saya yakin kita takkan mampu.
Nah........... Allah bagi banyak rezeki kepada kita kan??
bukan setakat itu sahaja, malah Allah kata , dia akan tambah lagi. "sekiranya kamu bersyukur , maka aku akan tambah (nikmat) bagi kamu...(surah ibrahim: 7)
Allah amat baik dengan kita, Allah amat sayang dengan kita.
Adakah kita telah bergerak untuk mendapatkan rahmat Allah atau adakah kita hendak terus sahaja alpa melupakanya? sambil terus kita menghirup segala rezeki-nya yang tidak terkira ini.
Allah SWT tidak pernah melupakan hamba-hambanya, tetapi hamba-hambanya lah nyata sering melupakan-nya. mari kita duduk sebentar kita lihat semula diri kita bersama-sama....
bersama-sama , anda dan saya
No comments:
Post a Comment