Wednesday, 6 March 2013

KITA SALING MEMERLUKAN

Firman Allah SWT: "Dan kami meningikan sebahagian mereka atas
                                atas sebahagian dari yang yang lain  beberapa darjat."
                               (surah az-zukhhruf: 32) 


                             "Hai orang-orang yang beriman. janganlah sesuatu kaum
                              mengolok-golokkan kaum yang lain (kerana) boleh
                              jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka."
                             (surah ai-hujuraat: 11)


Kita hidup dalam masyarakat. kita memerlukan masyarakat dan mereka juga memerlukan kita . masyarakat  memerlukan khidmat dari seluruh anggotanya, bukan dalam bidang tertentu sahaja. tetapi dalam semua bidang yang meliputi ekonomi, politik, undang-undang, sosial, keamanan dan sebagainya. jika kita ingin masyarakat melayani keperluan kita, janganlah
mengambil sesuatu yang telah menjadi hak orang lain.

Setiap orang mempunyai bakat, kemahiran dan kecenderungan ke arah bidang masing-masing. ini merupahkan rahmat Allah SWT yang menjadikan kecenderungan hati manusia bermacam-macam, meskipun tampa adanya pengarah dan pemberian dari manusia.

Tidak pernah ada rancangan dari sesiapa pun untuk mengarahkan atau mengelompokkan orang agar berbakat atau cenderung kepada suatu kerjaya, dan tidak ada satu kerjaya yang lebih mulia dari kerjaya yang lain. agama islam tidak membenarkan adanya pendapat bahawa pekerjaan itu mulia sedang kan yang lain ini rendah, hina dan sebagainya. selagi pekerjaan itu halal, dikerjakan dendan serius, bersunggug-sungguh dah ikhlas. setiap orang yang menduduki dan mengerjakan satu kerjaya pasti memerlukan orang lain yang berkerjaya berbeza dengannya.

Biasanya orang mengejek, merendahkan dan menhina orang lain kerana penampilan lahiriahnya padahal orang yang di pandang rendah itu mungkin lebih berbakat, lebih pandai dan mempunyai keterampilan di bidang tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain dan sangat diperlukan orang masyarakat lainnya. kerana itulah kita jangan melihat orang lain dari luaran sahaja.

Setiap pekerjaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kerana itulah semuanya saling melengkapi dalam kehidupan.  pekerjaan yang satu, kedudukannya sama dengan yang lain. tidak ada bezanya.

Orang yang berjawatan tinggi mengabdi kepada orang yang berjawatam rendah, begitu juga sebaliknya. bila tandas seorang doktor tersekat,dia memerlukan ahlinya untuk memperbaiki dan seorang tukang sapu jalan apabila dia sakit, dia akan mencari doktor untuk mengubati sakitnya.

perbezaan darjat hanyalah dalam pegabdian masing-masing dan yang paling bertakwa......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...