Tuesday, 19 February 2013

APA ITU NAFSU?????

      Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri  manusia.di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.      Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur,gila pujian, cinta dunia, penakut dan lain-lain lagi. itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.      Imam al-ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. jika tidak dididk kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. sebalik jika berjaya di jinakan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuh.      Bbegitulah nafsu, jika dididik dengam betul ia boleh menbawa kepada kebaikan.dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan olah Allah dalam al-quran. antaranya ialah nafsumutma`innah yang sifatnya tenang dan bebes daripada gangguan kejahatan. maksud firman Allah s.w.t.: hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan mengembirakan." (surah al-fajr 89:27-28)   Ada kalanya nafsu belum stabil. kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kesalahanya. nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencelakejahatan,: (surah al-qiyamah 75: 2)     Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su'--yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada kehendak syahwat dah syaitan. firman Allah s.w.t.yang bermaksud: "dan aku tidak akan membiarkan nafsu ku kerana nafsu  itu sangat mengajak kepada kejahatan," (surah yusuf 12: 53)

     kehandak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi kita sukai. apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai...........                          USAHA MENANTANG MUSUH LAHIR PENTING TETAPI                  MEMENTANG MUSUH BATIN ( HAWA  NAFSU ) PERLU DIUTAMAKAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...