Saturday, 19 January 2013

maulidur rasul


Sambutan Maulidur Rasul menyingkap kembali ingatan kita kepada kemuliaan pekerti Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.” (Surah Al-Qalam, ayat 4) »  Kedatangan dan perutusan Baginda SAW membawa agama Islam adalah nikmat agung kepada umat Islam kerana dengan agama Islam mereka terselamat daripada menjalani kehidupan dalam alam kekufuran dan kejahilan. Namun, sejauh mana kita menghargai nikmat itu. Jawapannya ialah apabila kita boleh menjawab apakah sumbangan kita terhadap ajaran dibawa Baginda SAW sebagai utusan Allah SWT kepada manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...